No. 11 Jalan 7/5B, Taman Tun Teja
Address
Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Store Hours
Monday — Friday
10:00 AM — 9:30 PM
Saturday
Noon — 7:00 PM
Sunday
Closed
Minyak Kelapa Dara (MKDA) Nufera Iman (NI) merupakan produk utama syarikat Iman Nufera Enterprise. Produk organik yang bersifat anti virus, anti baktiria dan kulat sangat sesuai dimiliki oleh setiap rumah. Boleh dibeli secara online.
Mungkin pertama kali anda dengar NUFERA! Apakah itu Nufera? Nufera berasal dari nama saintifik bagi pokok kelapa iaitu Cocos nucifera. Keterangan lanjut mengenai spesis ini boleh dirujuk dalam Ensaiklopedia Wikipedia.
Di Malaysia, nama Nufera dirujuk kepada Minyak Kelapa Dara Asli (MKDA) atau Virgin Coconut Oil.Nufera Iman adalah jenama bagi MKDA yang dihasilkan oleh syarikat kami Iman Nufera Enterprise.
Minyak Kelapa Dara (MKD) atau Virgin Cocunut Oil (VCO) adalah anugerah Tuhan yang tersembunyi sekian lama. Selepas banyak kajian dilakukan, MKD diiktiraf dunia perubatan sebagai pemakanan berfungsi yang sangat banyak khasiatnya (Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA).
MKD mempunyai banyak fungsi antaranya adalahsifat anti virus, anti kulat, anti bakteria, dan anti parasit yang bertindak mengawal pelbagai penyakit dan meningkatkan daya tahan badan (Dr. John J. Kabara, Universiti Michigan, USA).
Fungsi ini menyebabkan MKD menjadi minyak yang paling menyihatkan di dunia (Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA).
Nufera Iman (NI) dihasilkan dari santan kelapa melalui proses bioteknologi. Tiada haba atau bahan kimia digunakan. Mikroorganisma dilibatkan dalam proses menghasilkan ekstrak minyak tersebut. Proses ini berlaku agak lama menyebabkan penghasilan Nufera Iman adalah agak sukar.
Nufera mengandungi asid laurik yang menyebabkan bau dan rasanya agak masam. Bagaimanapun inilah petanda keaslian Nufera berbanding minyak kelapa. Minyak kelapa dihasilkan dari santan kelapa juga namun ia melibatkan penggunaan tenaga haba yang boleh merubah struktur kimianya.
No. 11 Jalan 7/5B, Taman Tun Teja
Store Hours
Monday — Friday
10:00 AM — 9:30 PM
Saturday
Noon — 7:00 PM
Sunday
Closed